Polisi Refund & Privasi
Dikemas kini: 6 November 2026
Refund & pertukaran
Produk digital
Sila semak nama produk, format dan kandungan sebelum membuat bayaran. Disebabkan akses kepada fail digital diberikan sejurus selepas pembelian, jualan produk digital adalah muktamad dan tidak boleh ditukar, dibatalkan atau direfund selepas akses diberikan.
Produk fizikal
Semua jualan adalah muktamad, kecuali produk tiba dalam keadaan rosak atau tidak seperti yang dipesan.
Pesanan tidak boleh dibatalkan atau dipinda selepas disahkan, termasuk menambah atau mengurangkan item. Sila semak semua butiran sebelum membuat bayaran.
Terima barang salah atau rosak?
Kami minta maaf atas kesulitan. Emel thecashflowedit@gmail.com dalam tempoh 7 hari selepas menerima pesanan, bersama:
- Nombor pesanan
- Nama penuh dan alamat penghantaran
- Gambar jelas semua produk yang diterima, kotak pembungkusan dan flyer penghantaran yang menunjukkan airway bill
- Penerangan kerosakan, atau produk yang sepatutnya dipesan
Kod diskaun
Kod diskaun tidak boleh digunakan selepas pesanan dibuat. Pastikan kod dimasukkan dan berjaya digunakan sebelum membuat bayaran.
Notis privasi (PDPA)
The Cashflow Edit (The Edit Group Sdn. Bhd.) menghormati privasi anda dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Maklumat yang kami kumpul
- Nama, emel dan nombor telefon yang anda berikan semasa membeli, mendaftar kelas atau memuat turun freebie
- Alamat penghantaran untuk produk fizikal
- Maklumat asas penggunaan laman (contohnya halaman yang dilawati) melalui cookies, tertakluk kepada pilihan anda pada banner cookies
Tujuan penggunaan
- Memproses pesanan dan menghantar produk atau pautan akses
- Menghantar emel berkaitan pembelian anda
- Menghantar tips, kandungan dan tawaran melalui emel, hanya jika anda melanggan. Anda boleh berhenti langgan bila-bila masa melalui pautan dalam setiap emel.
- Menambah baik laman dan perkhidmatan kami
Perkongsian data
Kami tidak menjual data peribadi anda. Data hanya dikongsi dengan penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk operasi, seperti gerbang pembayaran, penyedia emel dan syarikat penghantaran.
Hak anda
Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data peribadi anda dengan menghubungi thecashflowedit@gmail.com.