Bantuan & FAQ

Soalan lazim tentang tools Susun Duit & Susun Dokumen

Nak mula tapi tak pasti produk mana? Tak perlu buat semuanya serentak. Pilih dahulu apa yang paling anda perlukan sekarang.

💰 Saya nak susun duit

Pilih bahagian ini kalau anda nak nampak ke mana duit pergi, susun gaji setiap bulan, mula buat bajet, track cashflow dan bina simpanan.

Class $$ FREEDOM · MembersPlanner Cashflow Cantik, kelas Susun Duit dan Dashboard Susun Gaji 2027. Untuk anda atau pasangan yang nak susun duit keluarga sebagai satu sistem.Lihat Class $$ FREEDOM · Members →
Flow GajiUntuk anda yang nak fokus susun gaji setiap bulan. Sesuai kalau masalah utama ialah “gaji masuk, tapi tak tahu nak bahagi macam mana”. Format: Google Spreadsheet.
Kelas Susun Duit (percuma)4 fasa, 9 modul. Tonton ikut susunan dan buat tugasan setiap pelajaran.Mula kelas →

📁 Saya nak susun dokumen

Pilih bahagian ini kalau anda selalu terfikir: “Kalau berlaku kecemasan, keluarga tahu tak semua maklumat penting kita?”

Fail Peribadi: Faraid, Kecemasan & Akhir HayatMembantu anda merekod maklumat diri dan keluarga, aset dan simpanan, hutang dan komitmen, perlindungan, waris dan maklumat faraid, dokumen penting, maklumat kecemasan, serta perkara berkaitan akhir hayat. Maklumat ini penting bukan sahaja bila berlaku kematian, tetapi juga ketika sakit, kemalangan atau kecemasan.Lihat Fail Peribadi →

Soalan lazim

Fail Peribadi ni wasiat ke?

Bukan. Fail Peribadi bukan wasiat, hibah atau dokumen perundangan. Ia ialah alat untuk membantu anda mengumpul dan menyusun maklumat penting. Untuk dokumen sah, dapatkan nasihat profesional.

Boleh guna dalam Microsoft Excel?

Produk yang dinyatakan sebagai Google Spreadsheet dibina untuk Google Sheets. Untuk memastikan formula, layout dan fungsi berjalan seperti yang direka, gunakan Google Sheets.

Boleh print fail digital berkali-kali?

Fail digital yang dibeli adalah untuk kegunaan peribadi pembeli. Anda boleh guna salinan anda untuk keperluan sendiri mengikut tujuan produk. Fail tidak dibenarkan dijual semula, dikongsi atau diedarkan kepada orang lain.

Bila saya terima produk digital?

Selepas bayaran berjaya, pautan akses dihantar melalui emel. Semak juga folder spam atau promotions.

Bila saya terima produk fizikal?

Pesanan biasanya dihantar dalam 1–2 hari bekerja. Selepas pesanan dihantar, anda akan terima emel pengesahan bersama nombor tracking. Tak terima emel tracking dalam seminggu? Hubungi kami dengan nombor pesanan anda.

Boleh tukar alamat penghantaran?

Tidak selepas pesanan disahkan. Sila semak semua butiran penghantaran sebelum membuat pesanan.

Ada penghantaran ke luar Malaysia?

Buat masa ini kami hantar terus ke Singapura sahaja. Pelanggan Brunei boleh gunakan alamat di Limbang. Pelanggan Singapura dan Brunei boleh membayar menggunakan kad semasa checkout.

Saya terlupa guna kod diskaun. Macam mana?

Maaf, kod diskaun tidak boleh digunakan selepas pesanan dibuat. Pastikan kod dimasukkan dan berjaya digunakan sebelum membuat bayaran.

Saya tersalah beli. Boleh tukar atau refund?

Rujuk Polisi Refund & Privasi. Ringkasnya, jualan produk digital adalah muktamad selepas akses diberikan.

Boleh saya cetak semula planner dan jual sebagai milik sendiri?

Tidak. Semua produk adalah untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak boleh dibuat semula, disalin, diedarkan atau digunakan untuk tujuan komersial. Hak cipta © The Edit Group Sdn. Bhd.

Masih ada soalan?

Emel KakNaf di nafisahamran@gmail.com.